A fridge usually lasts 10 years or more, so it pays to choose the right size and type. Start with how many people live in your home.
| Household | Fridge size |
|---|---|
| 1 to 2 people | 150 to 250 litres |
| 3 to 4 people | 250 to 400 litres |
| 5 or more people | 400 litres and above |
Choose a bigger size if you cook at home every day, buy groceries in bulk, or keep a lot of frozen fish and meat. If you need a lot of freezer space, a separate chest freezer may suit you better.
Which type?
- 1-door and mini bar: for a room, office or hostel.
- 2-door: the most popular choice for families. The freezer is on top or at the bottom.
- Side by side: freezer and fridge next to each other, good for big families, but it needs a wider space.
- French door: two fridge doors on top and a freezer drawer below, with a wide shelf for big trays and cakes.
- Multi door: extra drawers so you can keep meat, vegetables and drinks apart.
Measure before you buy
Measure the width, depth and height of the space, and remember the door needs room to open fully. Leave a small gap at the sides, back and top so the fridge can breathe.
Save electricity
Inverter compressors are quieter and use less power. Check the Suruhanjaya Tenaga star rating: more stars means a lower bill.
Come and see the fridges in person at any Seng Huat store in Kuala Terengganu, Kuala Berang or Kemaman, or browse fridges online. Ask our staff about delivery, extended warranty and instalment plans.
Sizes are a general guide only. Our staff will help you pick the right fridge.
Peti sejuk berapa liter yang sesuai untuk keluarga anda?
Peti sejuk biasanya tahan 10 tahun atau lebih, jadi berbaloi memilih saiz dan jenis yang betul. Mulakan dengan bilangan orang di rumah anda.
| Isi rumah | Saiz peti sejuk |
|---|---|
| 1 hingga 2 orang | 150 hingga 250 liter |
| 3 hingga 4 orang | 250 hingga 400 liter |
| 5 orang atau lebih | 400 liter ke atas |
Pilih saiz lebih besar jika anda memasak setiap hari, membeli barang dapur secara pukal, atau menyimpan banyak ikan dan daging beku. Jika anda perlukan banyak ruang beku, peti beku (chest freezer) berasingan mungkin lebih sesuai.
Jenis mana?
- 1 pintu dan mini bar: untuk bilik, pejabat atau asrama.
- 2 pintu: pilihan paling popular untuk keluarga. Ruang beku di atas atau di bawah.
- Side by side: ruang beku dan ruang sejuk bersebelahan, sesuai untuk keluarga besar, tetapi perlukan ruang yang lebih lebar.
- French door: dua pintu peti sejuk di atas dan laci beku di bawah, dengan rak lebar untuk dulang besar dan kek.
- Multi door: laci tambahan untuk mengasingkan daging, sayur dan minuman.
Ukur sebelum membeli
Ukur lebar, dalam dan tinggi ruang, dan pastikan pintu boleh dibuka sepenuhnya. Tinggalkan sedikit ruang di tepi, belakang dan atas supaya peti sejuk boleh bernafas.
Jimat elektrik
Kompresor inverter lebih senyap dan kurang menggunakan elektrik. Semak penarafan bintang Suruhanjaya Tenaga: lebih banyak bintang, lebih rendah bil.
Datang lihat sendiri peti sejuk di mana-mana kedai Seng Huat di Kuala Terengganu, Kuala Berang atau Kemaman, atau lihat peti sejuk online. Tanya staf kami tentang penghantaran, waranti lanjutan dan pelan ansuran.
Saiz di atas ialah panduan umum sahaja. Staf kami akan membantu anda memilih peti sejuk yang sesuai.